Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah
2.0 Tujuan
Tujuan KRS ditubuhkan ialah :
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif, serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan wawasan 2020.
2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.
2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus, dan memimpin.
2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia.
2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, dan mengamalkan nilai-nilai serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup murni bermasyarakat dan bernegara.
2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran,dan kepekaan tentang isu- isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
3.0 Pengertian Logo
3.1 Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat.
3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia .
3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa megira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara.
3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang manjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.
3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian.
4.0 Bendera
4.1 Warna hijau malambangkan;
a. Tunas muda /remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum.
4.2 Cogan kata KRS " ILMU IMAN AMAL"
a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.
b. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
5.0 Keahlian
5.1 Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di Sekolah Menengah Seaport.
5.2 Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5.1.
5.3 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi seorang penuntut di sekolah yang berkenaan.
5.4 Keahlian KRS bagi Pengerusi Agong, Naib Pengerusi Agong, dan Setiausaha Agong, akan kekal dan seterusnya bergelar Pemimpin setelah tamat pengajian di sekolah berkenaan.
6.0 Pakaian Rasmi KRS
6.1 Lelaki
6.2 Perempuan
7.0 Kawasan Kegiatan
7.1 Kawasan kegiatan meliputi seluruh negeri-negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah, dan sekolah-sekolah.
7.2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini juga bermaksud Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan Sarawak.
7.3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud Sekolah Menengah Seaport.
8.0 Jawatankuasa
8.4 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat :
8.5 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan :
8.6 Jawatankuasa Peringkat Negeri :
8.12 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola, dan mengatur program KRS.
8.13 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS.
9.0 Kewangan
9.1 Setiap ahli KRS dikenakan yuran sebanyak RM3.00
9.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan kewangan KRS.
9.3 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak melebihi RM50.00 pada sesuatu masa. Wang yang selebihnya hendaklah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa ataupun berada di tangan Bendahari Kehormat. Akaun di bank hendaklah atas nama Kadet Remaja Sekolah yang berkenaan.
9.4 Buku Cek Akaun KRS hendaklah disimpan oleh pemimpin KRS. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun KRS hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari, Pengerusi, dan Naib Pengerusi atau Setiausaha. Sebarang pertukaran tandatangan Akaun KRS boleh dibuat oleh pentadbir sekolah kepada pihak bank.
9.5 Perbelanjaan yang melebihi lebih RM500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar kecuali mendapat kelulusan pentadbir sekolah.
9.6 Penyata Akaun KRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira mengikut Perlembagaan serta disahkan oleh pentadbir sekolah.
9.7 Dua orang guru yang bukan pemimpin KRS dilantik oleh pentadbir sekolah sebagai pemeriksa kira-kira atau juruaudit.
9.8 Pemeriksaan kira-kira dihendaki memeriksa akaun KRS dari semasa ke semasa atas arahan pentadbir sekolah.
10.0 Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan.